08 Februari 2011

Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan

* Contoh-contoh perbuatan menzalimi binatang - o Gagal memberi makan dan minuman yang mencukupi kepada binatang dalam kurungan; o Gagal menghantar binatang yang cedera, sakit atau luka untuk dirawat oleh Doktor Veterinar di Klinik Swasta atau Kerajaan; o Dengan zalim memukul seekor binatang; o Menyembur minyak panas atau air panas pada seekor kucing yang sedang mencari makan di dapur; o Menanam atau membakar anak ayam secara hidup kerana harga pasaran anak ayam merosot; o Menyembelih atau membunuh seekor binatang dengan cara yang zalim untuk menjadi makanan manusia; dan o Perlawanan dan perjudian ayam sabung. * Perbuatan menzalimi binatang adalah satu kesalahan- o Di bawah seksyen 44(1) * Tafsiran “binatang” termasuk sebarang makluk hidup selain daripada seorang manusia dan termasuklah sebarang binatang, burung, ikan, reptilia atau serangga, sama ada liar atau jinak. * Tindakan penguatkuasa oleh- o Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dilantik secara bertulis di bawah seksyen 3, Ordinan Binatang 1953 * Tindakan akan diambil dalam tempoh 48 jam selepas aduan diterima (tidak termasuk hari kelepasan mingguan dan kelepasan am). * Cara melapor atau memberi maklumat mengenai kejadian atau perbuatan menzalimi binatang- o Menghantar aduan kejadian atau perbuatan menzalimi binatang kepada Pengarah Penguatkuasa di Ibu Pejabat atau Ketua Cawangan/Unit Penguatkuasa di peringkat Negeri / Wilayah Persekutuan dengan- * Menghadir diri di pejabat; * Menelefon; * Menghantar e-mail; atau * Menulis surat. Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Wisma Tani, Blok Podium Lot 4G1, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62630 Putrajaya

Tiada ulasan: