08 Julai 2012
SILAJ RUMPUT NAPIER
Rumput Napier yang telah di tuai.....
1. Rumput napier 160 batang - 80kg ( 1 tong drum)
2. Molasses - 800 gram
3. Garam - 800 gram
4. Urea – 400 gram
5. Air – 3.2 kg
6. Additif - EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter (setelah di campur air – cth:-100ml laktos, 900ml air).
Kadar peratusan
1. Molasses – 1%
2. Garam – 1%
3. Urea – 0.5%
4. Air – 4%
5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.
Cara- cara
1. Cincang/mesin rumput napier.
2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
3. Siram dengan larutan molasses/garam/urea/air/laktos.
4. Tutup rapat (kedap udara).5. Peram 21 hari SILAJ JAGUNG
Bahan-bahan
1. Pokok jagung 420 batang – 70kg ( 1 tong drum)
2. Molasses - 700 gram
3. Garam - 700 gram
4. Urea – 350 gram
5. Air – 2.8 kg
6. Additif – EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter (setelah di campur air – 100ml laktos, 900ml air).
Kadar peratusan
1. Molasses – 1%
2. Garam – 1%
3. Urea – 0.5%
4. Air – 4%
5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.
Cara- cara
1. Cincang/mesin rumput napier
2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
3. Siram dengan larutan molasses/garam/urea/air/additif.
4. Tutup rapat (kedap udara).
5. Peram 21 hari
04 Februari 2012
03 Ogos 2011
Tanaman Rumput Napier India
Oleh kerana harga pellet di pasaran agak tidak menentu kebalakangan ini dan ramai rakan rakan penternak mengeluh tentang harga pallet ternakan kambing terlampau mahal sekarang ni.....gembalamalaysia terpaksa mencari suatu kaedah agar ternakan tak kelaparan dan projek dapat di teruskan.
Terpaksalah tanam rumput napier india ni sebagai makanan tambahan disamping pemberian pellet bagi menampung kos makanan ternakan kambing aku......
21 Julai 2011
Daging kambing vs Darah tinggi
Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Kita kongsi info di http://www.emaklumat.com/kambing.html
Kita kongsi info di http://www.emaklumat.com/kambing.html
11 Julai 2011
Lawatan Jabatan Veterinar Jasin Ke Ladang Ternakan Kambing Aku......
Ini adalah rutin dan tanggungjawab pegawai pegawai dari Jabatan Veterinar membuat pemantauan dan memberi khidmat nasihat kepada penternak penternak mengenai kaedah pemakanan dan pengawalan penyakit.
Ini adalah rutin dan tanggungjawab pegawai pegawai dari Jabatan Veterinar membuat pemantauan dan memberi khidmat nasihat kepada penternak penternak mengenai kaedah pemakanan dan pengawalan penyakit.
Sesekali aku pulak pergi ke Jabatan Veterinar untuk mendapatkan info mengenai penternakan kambing dan berbincang tentang perkembangan ternakan aku.....
Terima kasih kepada En Omar dan En Khalid yang banyak memberi tunjuk ajar mengenai penternakan kambing dan tak lupa juga bossnya En Ali.
16 Mac 2011
Penternakan Kambing Boer
Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan kambing ini.
Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015. Tiga jenis kambing yang pada masa ini diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak. Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia.
Ciri - Ciri Kambing Boer
* Subur dan mudah membiak sepanjang tahun
* Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain
* Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein
* Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain
* Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca
* Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang.
Sumber:moa.gov.my
Add caption |
08 Februari 2011
Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan
* Contoh-contoh perbuatan menzalimi binatang -
o Gagal memberi makan dan minuman yang mencukupi kepada binatang dalam kurungan;
o Gagal menghantar binatang yang cedera, sakit atau luka untuk dirawat oleh Doktor Veterinar di Klinik Swasta atau Kerajaan;
o Dengan zalim memukul seekor binatang;
o Menyembur minyak panas atau air panas pada seekor kucing yang sedang mencari makan di dapur;
o Menanam atau membakar anak ayam secara hidup kerana harga pasaran anak ayam merosot;
o Menyembelih atau membunuh seekor binatang dengan cara yang zalim untuk menjadi makanan manusia; dan
o Perlawanan dan perjudian ayam sabung.
* Perbuatan menzalimi binatang adalah satu kesalahan-
o Di bawah seksyen 44(1)
* Tafsiran “binatang” termasuk sebarang makluk hidup selain daripada seorang manusia dan termasuklah sebarang binatang, burung, ikan, reptilia atau serangga, sama ada liar atau jinak.
* Tindakan penguatkuasa oleh-
o Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dilantik secara bertulis di bawah seksyen 3, Ordinan Binatang 1953
* Tindakan akan diambil dalam tempoh 48 jam selepas aduan diterima (tidak termasuk hari kelepasan mingguan dan kelepasan am).
* Cara melapor atau memberi maklumat mengenai kejadian atau perbuatan menzalimi binatang-
o Menghantar aduan kejadian atau perbuatan menzalimi binatang kepada Pengarah Penguatkuasa di Ibu Pejabat atau Ketua Cawangan/Unit Penguatkuasa di peringkat Negeri / Wilayah Persekutuan dengan-
* Menghadir diri di pejabat;
* Menelefon;
* Menghantar e-mail; atau
* Menulis surat.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Wisma Tani, Blok Podium
Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62630 Putrajaya
01 Januari 2011
Ternakan Kambing
gembalamalaysia bersama sebahagian ternakan kambing, semoga kita sama sama berusaha merialisasikan hasrat Kerajaan didalam bidang Industri AsasTani dan dimurahkan rezeki. Insya Allah.
06 Disember 2010
Khasiat Daging Kambing
Comparison
of Goat Meat to Other Meats (3 oz roasted)
|
||||
Animal
Specie |
Calories
|
Total
Fat |
Saturated
Fat |
Protein
|
grams
|
||||
Goat |
122
|
2.58
|
.79
|
23
|
Beef |
245
|
16.00
|
6.80
|
23
|
Pork |
310
|
24.00
|
8.70
|
21
|
Lamb |
235
|
16.00
|
7.30
|
22
|
Chicken |
12 0
|
3.50
|
1.10
|
21
|
Benarkah kandungan kolesterol daging kambing lebih rendah daripada daging merah lain?. Dapatkan INFO disini http://dqcleanchicken.com/al-masyhur/Khasiat.html
Langgan:
Catatan (Atom)