16 Mac 2011

Penternakan Kambing Boer

Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan kambing ini. Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015. Tiga jenis kambing yang pada masa ini diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak. Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia. Ciri - Ciri Kambing Boer * Subur dan mudah membiak sepanjang tahun * Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain * Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein * Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain * Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca * Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang. Sumber:moa.gov.my
Add caption

2 ulasan:

eira berkata...

hmm..awak punye kmbing jnis ape??sy tgok lam tv je sal kmbing boer ni..skrg dnia p'tanian da maju..cite sal kmbing da de rncngan tv sndri..cite eira ntah ble msuk tv..hehe..

Unknown berkata...

Saya menternak kambing jenis Jamnapari,Anglo Nubian,Kacang,Saanen dan Boer.Kebanyakannya baka Boer yg bulunya putih dan kepalanya coklat tu.